Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Berita Terkini

PENUNTUT UTB ADAKAN LAWATAN SAMBIL BELAJAR KE TAPAK PEMBINAAN PERUMAHAN NEGARA KAMPUNG TANAH JAMBU

​Rabu, 20 Syaaban 1446H bersamaan 19 Februari 2025M

Penuntut di bawah program Ijazah Sarjana Muda dalam jurusan Kejuruteraan Awam dari Universiti Teknologi Brunei telah membuat lawatan sambil belajar ke tapak pembinaan Perumahan Negara Kampung Tanah Jambu. Rombongan dari insitut pengajian tinggi itu diketuai oleh Dr. Ismawi bin Haji Mohd Yusof dan Dr. Lim Pang Jen.

Image 3.jpgImage1.jpg 

Sejurus tiba di pertapakan, rombongan diberi taklimat mengenai projek berkenaan oleh jurutera daripada Jabatan Kemajuan Perumahan iaitu Dayang Norhafizah binti Haji Alias dan juga daripada konsultan yang dilantik oleh kontraktor, Perunding Primareka. Di antara perkara-perkara yang diberi penerangan semasa taklimat tersebut adalah kaedah pembinaan dan aspek reka bentuk yang melibatkan konsep struktur utama dan sub-struktur serta penggunaan jenis bahan bagi pembinaan 950 unit rumah jenis teres di kawasan berkenaan.

Image 2.jpgImage 4.jpg 

Lawatan sambil belajar ini diharap dapat memberi peluang serta menambah pengetahuan para penuntut untuk melihat sendiri dengan lebih dekat lagi kaedah pembinaan rumah di bawah Skim Perumahan Negara di samping dapat mengaitkan informasi yang didapati dari lawatan tersebut dengan apa yang mereka pelajari semasa kuliah.

Attachments